Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah
sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang
dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring
itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba
tengok/lihat balik piring Astro di bumbung rumah anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya, Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu
temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed
dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama
itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah
dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke
bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan
dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu
yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari
Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu
bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan
kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah
yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya
berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet
atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan
boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan
bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan
untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut
memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang
tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang
tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan
pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi
kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke
seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah
untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh
lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,"
jelasnya.
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan
ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum
kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur,
Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat
atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
0 komentar:
Posting Komentar